Tuesday, December 23, 2014

Selamat Datang 2015



Asalam dan Salam Sejahtera. Apa Khabar semua. Saya doakan anda sentiasa sihat dan beroleh kejayaan. 


Tahun 2014 tinggal beberapa hari lagi akan meninggalkan kita, manakala tahun 2015 akan tiba dalam beberapa hari lagi. Bersediakah ANDA untuk menghadapi tahun 2015 yang pastinya akan lebih mencabar. 



Ramai yang mengatakan tahun 2015 menjadi tahun yang mencabar apabila dikaitkan dengan keadaan ekonomi yang semakin merundum dan meruncing. Apapun keadaan dan situasi yang timbul pada tahun 2015, kita sememangnya tiada pilihan selain bersedia dengan perancangan yang jelas dan teliti.

Sama ada anda seorang yang berstatus bekerja atau sebaliknya ada beberapa pilihan yang perlu anda lakukan untuk menongkah cabaran 2015 yang tinggal beberapa hari lagi. Sebagai seorang yang terlibat dengan dunia bisnes, saya mengesyorkan kepada anda untuk mencari jalan bagi menambah pendapatan sampngan dalam dunia bisnes. Tidak kiralah anda bermula pada bisnes bagaimana skalanya, sama ada secara sepenuh masa atau secara sampingan. Yang pasti anda perlu bertindak sebelum bermulanya detik tengah malam 1 Januari 2015.

" Menambah pendapatan adalah lebih efisien  berbanding mengurangkan perbelanjaan ".



BAGAIMANA CARANYA..?

2 Tips Untuk Anda bermula Bisnes dengan Mudah.

# Kenali Bakat atau Kemahiran ANDA.

ANDA pastinya mempunyai bakat atau kemahiran yang tersendiri. Pilih 2 daripada bakat anda yang anda minat berbanding bakat-bakat yang ada pada diri anda. Sebagai contohnya anda mahir membuat kuih, mahir dalam melukis, mahir menganyam bakul misalannya. atau apa saja kemahiran yang pastinya ada pada diri anda. Kaitkan kemahiran tersebut dengan proses yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang di sekeliling anda. Jika anda mempunyai kepakaran membuat blog anda boleh tawarkan perkhidmatan membuat blog kepada peniaga atau usahawan yang tidak ada masa untuk membuat blog yang sangat ramai bilangannya di luar sana. 

" SAYA Tidak ada bakat atau Kemahiran...! "  Jangan Bimbang...!!!



# Mulakan dengan Produk atau perkhidmatan orang Lain.

Jika anda kurang yakin dengan kepakaran atau bakat yang ada pada diri  untuk dijadikan permulaan  bisnes. Anda boleh mencari dan mengenal pasti rakan-rakan yang sudah memulakan bisnes. Sama ada mereka menyediakan produk atau perkhidmatan. Ini peluang untuk anda bekerjasama dengan mereka untuk  menjadi agen bisnes atau perkhidmatan produk keluaran  syarikat mereka. sebagai contohnya anda boleh Klik di sini untuk info lanjut<<

Wujudkan perbincangan dan kerjasama yang ANDA berminat untuk menjadi agen kepada syarikat dengan memperkenalkan perkhidmatan kepada rakan-rakan anda. Melalui kaedah ini anda akan mendapat komisien atau harga agen bagi produk yang dijual. Cuma sahaja, anda perlu bermula pada beberapa produk yang terpilih sahaja dahulu walaupun banyak produk yang ditawarkan. Ini bergantung tahap keupayaan anda memahami infomasi perkhidmatan dan produk syarikat yang anda pilih. 

" Integriti dalam Jemaah Bisnes Anda "  dan   Jangan Menjadi Bijak sebelum      Pandai "

Apabila anda sudah bermula sebagai agen kepada produk yang anda pilih, pastinya anda semakin pandai dan menguasai selok belok bisnes yang anda pilih. Keterujaan anda semakin bercambah apabila mula menjana pendapatan yang sebelum ini anda tidak nampak. AWAS...Jangan biarkan anda terjebak dengan situasi ini.

# Aku mahu buka sendirilah....!
# Bagus aku buat sendirilah, lagi banyak untung.
# Rasa-rasanya aku boleh buka kedai sendiri lagi baik..!

Oooppp..!! Sabarkan diri anda. Pujuk diri anda, dan saya katakan pada anda, apa yang anda nampak adalah bayang permulaan  keuntungan dalam bisnes semata, tanpa melihat cabaran dan permasalahan yang tidak mampu  anda lihat dari pandangan mata seorang usahawan.

Adalah lebih baik anda bertatih dengan tertib, jika anda sudah benar-benar bersedia untuk menjadikan bisnes tersebut sebagai platform bisnes anda sebenar. Eloklah anda berbincang dan meminta pandangan dari pemiliknya, yang pasti iaanya mengundang situasi yang lebih harmonis antara kedua belah pihak.

Detik 2015 semakin hampir,  MAHU Bermula saja tidak memadai, Anda perlu menukar istilah Mahu menjadi MESTI BERMULA..!  

Dapatkan tips-tips bisnes yang lebih banyak dengan mengunjungi ke klik di sini. saya pasti ianya sangat membantu anda.


Selamat Tahun Baru 2015

23 Dis 2014/2.00pm
  

  

No comments:

Post a Comment