Tuesday, December 23, 2014

Selamat Datang 2015



Asalam dan Salam Sejahtera. Apa Khabar semua. Saya doakan anda sentiasa sihat dan beroleh kejayaan. 


Tahun 2014 tinggal beberapa hari lagi akan meninggalkan kita, manakala tahun 2015 akan tiba dalam beberapa hari lagi. Bersediakah ANDA untuk menghadapi tahun 2015 yang pastinya akan lebih mencabar. 



Ramai yang mengatakan tahun 2015 menjadi tahun yang mencabar apabila dikaitkan dengan keadaan ekonomi yang semakin merundum dan meruncing. Apapun keadaan dan situasi yang timbul pada tahun 2015, kita sememangnya tiada pilihan selain bersedia dengan perancangan yang jelas dan teliti.

Sama ada anda seorang yang berstatus bekerja atau sebaliknya ada beberapa pilihan yang perlu anda lakukan untuk menongkah cabaran 2015 yang tinggal beberapa hari lagi. Sebagai seorang yang terlibat dengan dunia bisnes, saya mengesyorkan kepada anda untuk mencari jalan bagi menambah pendapatan sampngan dalam dunia bisnes. Tidak kiralah anda bermula pada bisnes bagaimana skalanya, sama ada secara sepenuh masa atau secara sampingan. Yang pasti anda perlu bertindak sebelum bermulanya detik tengah malam 1 Januari 2015.

" Menambah pendapatan adalah lebih efisien  berbanding mengurangkan perbelanjaan ".